HEBAHAN : SESI PENGAMBILAN KAD PRIHATIN SISWA (KPS) – 2024

HEBAHAN : SESI PENGAMBILAN KAD PRIHATIN SISWA (KPS)

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

📢📢 PERHATIAN !!! 📢📢

PENGAMBILAN KAD PRIHATIN SISWA (KPS)

Pelajar yang masih belum mendapatkan Kad Prihatin Siswa (KPS), mohon hadir ke lokasi yang telah ditetapkan mengikut pusat PJJ masing-masing. Sila semak senarai nama, tempat dan tarikh pengambilan dibawah ini.

(Hanya nama yang ada dalam senarai ini sahaja yang boleh mengambil kad)

Keutamaan diberikan kepada peminjam PTPTN, kerana bayaran akan menggunakan RHB Bank 

Pihak PACE tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku masalah kelewatan pembayaran atau sebagainya yang berpunca daripada kad yang tidak dituntut ini .

Untuk makluman juga, kad ini tidak boleh dipos kepada pelajar.

Sekian, harap maklum dan terima kasih

UNIT KEMASUKAN & REKOD

PACE, UUM

23 MEI 2024


SENARAI NAMA PENERIMA KAD PRIHATIN SISWA (SARJANA MUDA)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025: 30 JUN 2024 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025: 30 JUN 2024 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 30 Jun 2024 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 –

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 20 Mei 2024 (Isnin) sehingga 30 Jun 2024 (Ahad). 

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 21 Mei 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA241 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my  atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. ​

Sekian dimaklumkan. Terima KasihÂ