TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 23 MAC 2025 (AHAD)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 23 MAC 2025 (AHAD)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 23 Mac 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ251 melalui Portal UUM adalah pada 16 Februari 2025.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
PANGGILAN PENTING PEPERIKSAAN AKHR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 BERMULA 3 HINGGA 6 FEBRUARI 2025
PANGGILAN PENTING PEPERIKSAAN AKHR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 BERMULA 3 HINGGA 6 FEBRUARI 2025
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar Program ODL dihormati,
✓ Sistem Peperiksaan Online di url : https://uum-exam.hostexam.net
✓ Jadual waktu peperiksaan sila klik url : https://pace.uum.edu.my/hebahan-jadual-waktu-peperiksaan-akhir-program-pembelajaran-terbuka-dan-jarak-jauh-odl-semester-oktober-sesi-2024-2025
TINDAKAN PELAJAR :
- Pelajar ODL dikehendaki hadir 30 minit awal sebelum peperiksaan akhir bermula.
- Sila pastikan komputer/komputer riba, kamera, mikrofon dipasang dan berada dalam keadaan baik, pencahayaan bilik yang baik serta berpakaian kemas sepanjang peperiksaan.
- Hebahan lanjut : Persediaan Sebelum Peperiksaan Akhir Program ODL, sila klik url : https://pace.uum.edu.my/pemakluman-penting-persediaan-sebelum-peperiksaan-akhir-program-odl
- Hebahan lanjut : Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir, sila klik url : https://pace.uum.edu.my/tarikh-akhir-permohonan-peperiksaan-akhir-gantian-semester-oktober-sesi-2024-2025-12-februari-2025-rabu
- Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir, sila klik url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2025/02/Panduan-Permohonan-Peperiksaan-Gantian-PACE-ODL-dikemaskini-2.2.2025.pdf
Selamat Maju Jaya dalam Menjalani Peperiksaan Akhir.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih .
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar Program ODL dihormati,
Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACE UUM.
1.Borang Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 12 Februari 2025 (Rabu).[Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]
2.Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.
Permohonan selepas tarikh akhir permohonan tidak diterima.
3.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.