MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEISTIMEWAAN KAD DEBIT RHB mySiswa

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEISTIMEWAAN KAD DEBIT RHB mySiswa

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar program separuh masa PACE UUM jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian (B.Comm[Hons]), iaitu Encik Zain Azman bin Muhamad @ Mat Nusi di atas kemenangan meraih IPad berharga RM7000 sempena kempen keistimewaan kad Debit RHB mySiswa di Kuala Lumpur. Semoga kemenangan ini di manfaatkan dengan baik.


PUSAT PENGAJIAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
20 MAC 2024

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN SEMULA KURSUS SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN SEMULA KURSUS SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan Peperiksaan Semula kursus SSZK2003 Penyelidikan Sains Sosial bagi Semester Oktober Sesi 2023/2024 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 4 hingga 16 Mac 2024 (pelajar mendaftar kursus Semester Oktober Sesi 2023/2024 sahaja). 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

NOTIS PEPERIKSAAN SEMULA: PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 PROGRAM SEPARUH MASA PACE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

NOTIS PEPERIKSAAN SEMULA: PEPERIKSAAN AKHIR KURSUS SSZK2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 PROGRAM SEPARUH MASA PACE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 : 17 MAC 2024 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 : 17 MAC 2024 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 17 Mac 2024 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2024/2025

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2024/2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 18 Februari 2024 (Ahad) sehingga 10 Mac 2024. 

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 15 Februari 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ241 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my  atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. ​

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

HEBAHAN PENTING PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR SEMESTER OKTOBER 2023/2024 (JA232) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

HEBAHAN PENTING PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR SEMESTER OKTOBER 2023/2024 (JA232) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.