HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

HEBAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera​

Pelajar dihormati,


1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 (JJ222) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 15 Januari 2023 (Ahad) jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my

2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.


3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.


5. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut


7. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 29 Januari 2023 (Ahad).  Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Januari Sesi 2023/2024 : Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Januari sesi 2023/2024 (JJ231) menu Pengkuliahan dan Praktikum –  adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/memo-pendaftaran-kursus-pelajar-januari-2023

9. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UECSB di url ini : https://pace.uecsb.com.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan

10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023 : 25 DISEMBER 2022(AHAD)

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023 : 25 DISEMBER 2022(AHAD) 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Disember 2022 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester. 

Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM. 

  • Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.
  • Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
  • Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

​Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2022/2023

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2022/2023

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 November 2022(Jumaat)


  Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA222 melalui Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/ 

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
  • Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 27 November 2022.
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.