LOKASI PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH GRADUAN TAHUN 2020 SIDANG PACE UUM KONVOKESYEN KALI KE – 33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
LOKASI PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH GRADUAN TAHUN 2020 SIDANG PACE UUM KONVOKESYEN KALI KE – 33 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1. Sesi Pengambilan Jubah Graduan Tahun 2020 :
Tarikh pengambilan jubah adalah bertempat di Bilik Jubah tingkat bawah Dewan Tan Sri Othman (DTSO) bermula 20 Februari 2022 sehingga 19 Mac 2022.
2. Sesi Pemulangan Jubah Sidang PACE UUM:
Semua Graduan PACE UUM dikehendaki memulangkan jubah semasa keluar dewan pada sesi tamat sidang PACE UUM dalam Majlis Konvokesyen iaitu pada 19 Mac 2022 sebelum keluar Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.
3. Marshall majlis konvokesyen akan membantu graduan semasa pemulangan jubah bertempat di Dewan Teater Eksperimen (belakang Dewan Mas), UUM Sintok.
4. Sidang Graduan PJJ dan Kerjasama PACE UUM :
19 Mac 2022 (Sabtu)
– Sesi Pagi
Jam 7.00 pagi – 12.30 tengahari
Graduan Program BPM(Hons)
-Sesi Petang
Jam 1.30 petang – 6.30 petang
Graduan Program BBA(Hons), BComm(Hons) & BIFB(Hons)
TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua graduan tahun 2020.![]()
TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2022/2023
TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARIÂ SESI 2022/2023
–3 APRIL 2022(AHAD) –
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 3 April 2022(Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.
Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE :Â pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Januari Sesi 2022/2023
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Januari Sesi 2022/2023
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermulaÂ
18 Februari 2022(Jumaat)Â Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ221Â melalui Online Learning PACEÂ :Â Â https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/Â
- Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
- Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak sebelum sebelum 13 Mac 2022
- Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Lanjutan Tempoh Pembukaan Aplikasi UUM CONVO bagi Graduan Tahun 2020 Konvokesyen Kali Ke-33
Lanjutan Tempoh Pembukaan Aplikasi UUM CONVO bagi Graduan Tahun 2020 Konvokesyen Kali Ke-33
Skip to PDF contentHEBAHAN PENTING : PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM ‘UUM CONVO’ BAGI KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KALI KE 33
HEBAHAN PENTING : PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM ‘UUM CONVO’ BAGI KONVOKESYEN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KALI KE 33
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan, Graduan tahun 2020 dikehendaki menggunakan Aplikasi Sistem ‘UUM CONVO’ terlebih dahulu melalui Play Store/Apps Store/Huawei Gallery – “UUM CONVO ” untuk konvokesyen graduan.
Link Apps Convo UUM :
Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.uum.uumconvo
Link Apps Convo UUM
Hebahan lanjut berkaitan konvokesyen, sila layari laman web HEA UUM : http://hea.uum.edu.my/index.php/convocation
Bersama – sama ini disampaikan Notis Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia untuk perhatian graduan PJJUUM tahun 2020. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE
MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE
- Pelajar dikehendaki membuat pengesahan status pelajar – klik menu Confirm Attendance terlebih dahulu sebelum memulakan pendaftaran kursus – Add Drop Course UG melalui Portal UUM.
- Tujuan Confirm Attendance :
Memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my dan menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester dan Peperiksaan Akhir.
- Kepentingan Confirm Attendance :
Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan pada menu Confirm Attendance akan menyebabkan status pelajar tidak aktif/tidak daftar kehadiran walaupun telah mendaftar kursus pada semester semasa pengajian.
Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus Semester Julai Sesi 2021/2022
Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester Julai Sesi 2021/2022
– 17 Januari 2022 (Isnin) –Â
Adalah dimaklumkan, Permohonan Semak Semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
- Borang Permohonan Semak Semula [KLIK DISINI]
- Tatacara Pembayaran melalui Bendahari UUM [KLIK DISINI]
Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020 :
Tentang cadangan:
- Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus.
- Bayaran untuk semakan semula adalah RM75.00 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini.
- Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021(201)
Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022(JA212)
Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022(JA212)
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 14 Januari 2022 (Jumaat)  Â
Nota Tambahan :
- Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 8 hingga 15 Februari 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my
- Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
- Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [8 – 15 Februari 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.Â
- Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar. Â
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212)
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS)
SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022(JA212)
Adalah dimaklumkan bahawa Borang Penilaian Kursus Akademik boleh dicapai secara online melalui Sistem Penilaian Kursus (eCevas) di dalam Portal Pelajar. (http://portal.uum.edu.my) bermula 17 Januari hingga 15 Februari 2022.
Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.
Kerjasama dan keprihatinan semua pelajar PJJUUM untuk melengkapkan Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM amatlah diharapkan.
Tatacara Pengisian Penilaian Kursus (Ecevas) adalah seperti dilampiran.
Kerjasama semua amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Skip to PDF content
