Makluman Penting : Tarikh Akhir Permohonan PTPTN

Makluman Penting : Tarikh Akhir Permohonan PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar,

Adalah dimaklumkan, tarikh permohonan baru pinjaman PTPTN dibuka bermula 1 September hingga 31 Oktober 2020 melalui laman web seperti berikut :

https://sspnkita.com/  dan laman web ini https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register untuk pembelian no pin BSN. 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjiian Pinjaman PTPTN

Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjiian Pinjaman PTPTN

Berikutan dengan  pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 mulai 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020, 7 April 2020 dan 12 Mei 2020 dilanjutkan sehingga 14 Jun 2020. Dokumen tersebut boleh dihantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)Atau2. Hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran yang beroperasi (sila rujuk Portal PTPTN untuk mengetahui Pejabat PTPTN Cawangan yang beroperasi).

Tarikh Akhir : Permohonan Peperiksaan Pertengahan Semester Gantian Bagi Semester April Sesi 2020/2021

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2020/2021 : 25 JULAI 2020 (SABTU)

  • Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Julai 2020 (Sabtu).
  • Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE : www.pace.uum.edu.my pada menu Pelajar –  Sarjana Muda – Muat Turun – Muat Turun Borang Unit Peperiksaan/Praktikum/Pengijazahan – klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
  • Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.Sekian dimaklumkan. terima kasih.

Permohonan Peperiksaan Gantian Midsem & Akhir

Makluman Penting : Permohonan Peperiksaan Gantian Midsem & Akhir

Sila kemukakan borang peperiksaan gantian (diisi dengan lengkap) [KLIK DISINI] beserta dokumen sokongan permohonan Peperiksaan Gantian Midsem & Peperiksaan Akhir melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan borang selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

SESEORANG CALON YANG GAGAL MENGHADIRI SEMUA KERTAS PEPERIKSAAN TANPA SEBAB YANG DAPAT DITERIMA OLEH JAWATANKUASA PEMERIKSA UNIVERSITI ATAUPUN TANPA KELULUSAN JAWATANKUASA TERLEBIH DAHULU, AKAN DIANGGAP GAGAL KESELURUHAN PEPERIKSAAN. 

  • [ 7 HARI SELEPAS TARIKH PERTEMUAN III (MIDSEM)]
  • [ 7 HARI SELEPAS TARIKH AKHIR (PEPERIKSAAN AKHIR)

SYARAT – SYARAT MEMOHON PEPERIKSAAN GANTIAN [KLIK DISINI]