Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022(JJ212)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022(JJ212)


Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2021/2022 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Oktober 2021(Jumaat)    

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2021/2022 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 15 hingga 22 November 2021 secara atas talian melalui sistem UUM E-assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini https://learning-pace.uum.edu.my

2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.

3. Pelajar dikehendaki mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [15 Oktober 2021 – 22 November 2021] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 


4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2021/2022

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2021/2022

  • ​Pastikan semua pelajar telah mendaftar kursus selewat – lewatnya pada 18 Oktober 2021 (Isnin) agar TIDAK DIHALANG untuk menduduki peperiksaan akhir pada 15 – 22 November 2021 melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE): http://learning-pace.uum.edu.my
  • ​Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
  • ​Pelajar yang telah berdaftar kursus mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.
  • ​Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan dikeluarkan pada bulan Oktober 2021 kelak.
  • ​Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2021/2022


TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2021/2022
 – 3 OKTOBER 2021 (AHAD) – 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 3 Oktober 2021 (Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Muat Turun Dokumen –  klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Julai Sesi 2021/2022

Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Julai Sesi 2021/2022

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2021/2022 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 
27 Ogos 2021(Jumaat)

👉Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ212 melalui Online Learning PACE.

  • Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
    Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu. Namun untuk pendaftaran subjek pelajar perlu membuat permohonan bertulis dengan menyertakan maklumat lengkap (1) Alasan yuran tidak dibayar; dan (2) Kaedah pembayaran yuran tunggakan. Pelajar perlu menghubungi pegawai yang bertanggungjawab melalui email (husnul@uum.edu.my) dengan menyenaraikan subjek yang perlu diambil bagi semester berkenaan untuk dipertimbangkan pendaftaran subjek.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2021/2022

MEMO PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2021/2022

  • Pastikan semua pelajar telah mendaftar kursus selewat – lewatnya pada 5 Ogos 2021 (Khamis) agar TIDAK DIHALANG untuk menduduki peperiksaan akhir pada 11 – 18 Ogos 2021 melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE) : http://learning-pace.uum.edu.my
  • Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
  • Pelajar yang telah berdaftar kursus mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan DIBENARKAN untuk menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.
  • Pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan dikeluarkan pada bulan Oktober 2021 kelak.
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.

Makluman Penting : Tarikh Akhir Semak Semula JJ211

Makluman Penting : Tarikh Akhir Semak Semula JJ211

Tarikh Akhir Permohonan Semak Semula Kursus
Semester Januari Sesi 2021/2022
– 25 Julai 2021 (Ahad) – 

Adalah dimaklumkan, permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan.
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

Merujuk keratan minit mesyuarat JKPA kali ke-222 bil. 7/2020 pada 17 November 2020 :
tentang cadangan:
1) Membenarkan pelajar memohon untuk membuat semakan semula keputusan Peperiksaan bagi komponen kerja kursus.
2) Bayaran untuk semakan semula adalah RM75.00 iaitu sama dengan yuran semakan semula peperiksaan akhir seperti amalan sebelum ini.
3) Pelaksanaan perubahan peraturan ini adalah mulai Semester Pertama Sesi 2020/2021(201)