TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar Program ODL dihormati,

Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACE UUM.

1.​Borang Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 12 Februari 2025 (Rabu).[Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

2.Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.
Permohonan selepas tarikh akhir permohonan tidak diterima.

3.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Posted in ODL

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 17 Februari 2025 (Isnin) sehingga 20 Mac 2025.

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 Februari 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ251 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my   atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.