PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 PROGRAM SEPARUH MASA UUM
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 PROGRAM SEPARUH MASA UUM
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025: 29 SEPTEMBER 2024 (AHAD)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025: 29 SEPTEMBER 2024 (AHAD)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 29 September 2024 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2024/2025 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 Ogos 2024 (Ahad) sehingga 22 September 2024 (Ahad).
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 21 Ogos 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ242 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN PENTING BERKAITAN BAYARAN YURAN GRADUASI BAGI BAKAL GRADUAN PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM
HEBAHAN PENTING BERKAITAN BAYARAN YURAN GRADUASI BAGI BAKAL GRADUAN PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM
HEBAHAN BERKAITAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM KEPADA AKAUN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
HEBAHAN BERKAITAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM KEPADA AKAUN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Nota Tambahan :
Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :
1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.
2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.
PEMBERITAHUAN PUSAT PEPERIKSAAN PACE SIBU SEMESTER APRIL SESI 2024/2025
PEMBERITAHUAN PUSAT PEPERIKSAAN PACE SIBU SEMESTER APRIL SESI 2024/2025
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
PEMBERITAHUAN PUSAT PEPERIKSAAN PACE SIBU SEMESTER APRIL SESI 2024/2025
Pemberitahuan Perubahan Pusat Peperiksaan kepada Pelajar Pusat Pembelajaran PACE Sibu yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2024/2025 pada 13 hingga 17 Ogos 2024.
Alamat Pusat Peperiksaan Sibu adalah seperti di bawah :
Kenyalang Skills Center Sdn. Bhd.
1st, 2nd and 3rd Floor, Lot 845, Block 5
STD 6, Jalan Lau King Howe 1
96000 Sibu, Sarawak.
Untuk hebahan lanjut berkaitan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2024/2025, sila rujuk url : https://pace.uum.edu.my/peperiksaan-akhir-semester-april-sesi-2024-2025-ja241
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 (JA241)
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 (JA241)
PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025
Pelajar Program Separuh Masa UUM dikehendaki HADIR peperiksaan akhir merujuk kepada PUSAT PENGAJIAN pelajar. SILA ABAIKAN kod kumpulan (A,C,K) paparan pada daftar kursus/slip peperiksaan akhir adalah untuk kegunaan unit kuliah dan peperiksaan PACE sahaja.
KETERANGAN KOD KUMPULAN PADA PAPARAN SENARAI DAFTAR KURSUS/SLIP PEPERIKSAAN AKHIR
A – PUSAT UUM/KOTA BHARU/JOHOR BAHRU
K – PUSAT KOTA KINABALU/IPOH/MELAKA/KUCHING/MIRI/SIBU/KUANTAN
C – PUSAT KUALA LUMPUR SAHAJA
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
PROGRAM AFFILIATE PACE UUM

Asalammualaikum Dan Salam Sejahtera,
Pihak PACE UUM melancarkan program “UUMLEADS affiliate 2024” terbuka kepada calon pelajar yang aktif untuk membantu pelajar menjana pendapatan dengan menjadi “introducer” kepada calon pelajar baru yang ingin menyambung Pengajian di PACE UUM,
Ayuh sertai kami, Pendaftaran di buka daripada :
8/7/2024 – 15/7/2024
Sesi taklimat akan diberikan pada 16/7/2024 jam 2.30 ptg
Ayuh sertai kami, klik link Pendaftaran
