HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 19 Mei 2025 (Isnin) sehingga 30 Julai 2025.

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 Mei 2025  melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA251 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my   atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 : 22 JUN 2025 | AHAD

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 : 22 JUN 2025 | AHAD


Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 22 Jun 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA251 melalui Portal UUM adalah pada 16 Mei 2025.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN MEMILIKI SIJIL MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) BERMULA KEMASUKAN SEMESTER APRIL SESI 2023/2024 SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM

NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN MEMILIKI SIJIL MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) BERMULA KEMASUKAN SEMESTER APRIL SESI 2023/2024 SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 13 APRIL 2025 | AHAD

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 13 APRIL 2025 | AHAD

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan : Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 13 April 2025 (Ahad) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my  untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.

Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut:

1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.

2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat  Peperiksaan berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Jadual Waktu  Peperiksaan akan dikeluarkan melalui laman web PACE UUM selepas Pertemuan Keempat) pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. Walaubagaimanapun, permohonan peperiksaan gantian akan  dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan ahli mesyuarat sewajarnya.

3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.

4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.