TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 : 21 DISEMBER 2025 | AHAD

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 : 21 DISEMBER 2025 | AHAD

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 21 Disember 2025 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA252 melalui Portal UUM adalah pada 16 November 2025.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 24 November 2025 (Isnin) sehingga 4 Januari 2026.

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 November 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA252 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my  atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA252 melalui Portal UUM adalah pada 16 November 2025.

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

PEMAKLUMAN PENTING BAKAL GRADUAN MOD SEPARUH MASA UUM : MAJLIS KONVOKESYEN UUM TAHUN 2025

PEMAKLUMAN PENTING BAKAL GRADUAN MOD SEPARUH MASA UUM : MAJLIS KONVOKESYEN UUM TAHUN 2025

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
Tuan/Puan.


Universiti Utara Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah tamat pengajian dan akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen Ke-38 pada tahun ini.

Senarai Nama Graduan Ijazah Sarjana Muda (sehingga Senat September 2025): https://drive.google.com/file/d/1CE1eXmp30sw_r7WzxYAAoBw1GIEUOdrt/view

Senarai Nama Graduan Sarjana: https://drive.google.com/file/d/11orvnOJGfcOmPcBVB9nU1pr55uxtqsXI/view?usp=drivesdk

Tarikh-Tarikh Penting Majlis Konvokesyen Kali ke-38:https://drive.google.com/file/d/1OhfcujfU7eqyIL4kcRPx2gL-PPkLkAks/view

Sidang Sesi Penganugerahan Ijazah:https://drive.google.com/file/d/1r3DAi6eE0jfswN5_GIPtL1PaxswLN3Kb/view

Panduan Umum Graduan Menghadiri Majlis Konvokesyen: https://drive.google.com/file/d/1Ok5cs_nVc2KA76m0BbfTlgWxhFX2OX9z/view

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari website: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

atau hubungi:

Unit Pengijazahan
Jabatan Hal Ehwal Akademik

Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |

Facebook : https://www.facebook.com/HEAUUM

Tel: +6049283319/ 3320/ 3311/ 3307 

Email: konvo@uum.edu.my

Sekian, terima kasih.

MAJLIS KONVOKESYEN UUM TAHUN 2025

MAJLIS KONVOKESYEN UUM TAHUN 2025

Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
Tuan/Puan.
Universiti Utara Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah tamat pengajian dan akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen Ke-38 pada tahun ini.
Makluman berkenaan konvokesyen telah di’e-mel’ kepada semua bakal graduan ijazah sarjana muda (sehingga Mesyuarat Senat September 2025). 
Sekiranya tuan/puan tidak menerima e-mel tersebut atau menggunakan e-mel yang berbeza daripada yang tercatat di portal pelajar, mohon isi maklumat di google form: https://forms.gle/yMMybVuER1RUoTwL9
Senarai Nama Graduan Ijazah Sarjana Muda (sehingga Senat September 2025)https://drive.google.com/file/d/1CE1eXmp30sw_r7WzxYAAoBw1GIEUOdrt/view
Senarai Nama Graduan Sarjanahttps://drive.google.com/file/d/11orvnOJGfcOmPcBVB9nU1pr55uxtqsXI/view?usp=drivesdk
Tarikh-Tarikh Penting Majlis Konvokesyen Kali ke-38:https://drive.google.com/file/d/1OhfcujfU7eqyIL4kcRPx2gL-PPkLkAks/view

Sidang Sesi Penganugerahan Ijazah:https://drive.google.com/file/d/1r3DAi6eE0jfswN5_GIPtL1PaxswLN3Kb/view
Panduan Umum Graduan Menghadiri Majlis Konvokesyenhttps://drive.google.com/file/d/1Ok5cs_nVc2KA76m0BbfTlgWxhFX2OX9z/view
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari website: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation
atau hubungi:

Unit PengijazahanJabatan Hal Ehwal AkademikUniversiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Facebook : https://www.facebook.com/HEAUUMTel: +6049283319/ 3320/ 3311/ 3307 Email: konvo@uum.edu.my
Sekian, terima kasih.

PERUBAHAN TARIKH : HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 (JA251) PADA 30 SEPTEMBER 2025 MELALUI PORTAL UUM

PERUBAHAN TARIKH : HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 (JA251) PADA 30 SEPTEMBER 2025 MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir April Sesi 2025/2026 (JA251) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 30 September 2025 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my ​ 
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 12 Oktober 2025 (Ahad).Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2025/2026 (JA252) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing .

10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan​.
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.