HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO242 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO242 MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2025/2026 (JO242) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 13 Mei 2025.  

Nota Tambahan :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir secara atas talian. 

2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir). 

4.  Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM dan menduduki peperiksaan akhir melalui Sistem Peperiksaan.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Posted in ODL

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JO241) MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JO241) MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2024/2025 (JO241) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada :  20 Mac ​2025 (Khamis) jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my​ 

PENTING:

– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.

– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.

– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata 
kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

Posted in ODL