HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 (JJ251) MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 (JJ251) MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Januari Sesi 2025/2026 (JJ251) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 10 Julai 2025 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata
kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 24 Julai 2025 (Khamis).Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Julai Sesi 2025/2026 (JJ252) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing .
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan.
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2025
PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2025
PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN PUSAT KUALA LUMPUR
PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN PUSAT KUALA LUMPUR
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN MEMILIKI SIJIL MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) BERMULA KEMASUKAN SEMESTER APRIL SESI 2023/2024 SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM

PEMAKLUMAN PERUBAHAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU – PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026
PEMAKLUMAN PERUBAHAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU – PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 (JJ251)
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 (JJ251)
PENTING : SENARAI BAKAL GRADUAN PACE 2024 BELUM MEMBUAT PENGESAHAN KEHADIRAN MELALUI UUM APPS CONVO 37 SEHINGGA 13 OKTOBER 2024
PENTING : SENARAI BAKAL GRADUAN PACE 2024 BELUM MEMBUAT PENGESAHAN KEHADIRAN MELALUI UUM APPS CONVO 37 SEHINGGA 13 OKTOBER 2024
Mohon rujuk Panduan Ringkas Pengesahan Kehadiran Graduan UUM dan Manual Penggunaan Aplikasi UUMCONVO.