HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2023/2024 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 20 Ogos 2023 (Ahad).

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ232 melalui platform UUM Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my atau secara bersemuka (merujuk ketetapan Penyelaras Kursus ikut kursus masing – masing).

Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300, dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 12 Ogos 2023.

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024(JJ231)

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024(JJ231)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2023/2024(JJ231) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 9 Julai 2023 jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my


2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.

3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf


4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.

5. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.


6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

7. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 23 Julai 2023 (Ahad).  Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my 

8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Julai Sesi 2023/2024 : Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Julai sesi 2023/2024 (JJ232) menu Pengkuliahan dan Praktikum. 

9. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UECSB di url ini : https://pace.uecsb.com.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan


10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2023/2024(JA231)

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2023/2024(JA231)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2023/2024 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 16 Julai 2023(Ahad).

Nota Tambahan :

  1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2023/2024 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 24 hingga 29 Ogos 2023 secara bersemuka serentak di semua Pusat Pembelajaran PJJ UUM. 
  2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 
  3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN: JEMPUTAN MAKAN MALAM GRADUAN PJJ 2022

HEBAHAN: JEMPUTAN MAKAN MALAM GRADUAN PJJ 2022

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

🍴JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN PJJUUM 2022 🍴

🎀Terbuka kepada semua bakal graduan PJJUUM 2022 🎀

Sukacita dimaklumkan bahawa PACE UUM akan mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan para graduan yang akan bergraduat pada tahun ini.

Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut :
🗓️ Tarikh: 26/07/2023
🕠Masa pendaftaran: 6.30 pm
🎈Tempat: EDC Hotel & Resort, UUM

Sehubungan dengan itu, PACE amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis tersebut.

Nota:
📝Sila sahkan kehadiran tuan/puan sebelum 12/07/2023.
📝 Deposit RM50 perlu dibayar selewat-lewatnya pada 12/07/2023.
(Deposit akan dikembalikan jika hadir pada majlis tersebut)
☑️Bayaran perlu dibuat ke no.akaun : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02093010007784 (Uniutama Education & Consultancy).
☑️Sila catatkan Dinner 2022/No. Matrik untuk tujuan semakan.

▶️Untuk pengesahan kehadiran, klik url di bawah :
https://forms.gle/fjYujEE9icFLuM7F8

👞👠 Tradisional Malaysia
🍴Sajian Melayu Set Menu
🎁Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Anda
📸 Photobooth Disediakan

🌹 Kami Menunggu Kehadiran Anda, Bakal Graduan PJJUUM 2022 🌹
📌UNTUK MAKLUMAN:
BORANG PENGESAHAN INI ADALAH UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM SAHAJA DAN BUKAN UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.​

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024: 18 JUN 2023 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024: 18 JUN 2023 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 18 Jun 2023 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB  https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.​

HEBAHAN: TATACARA PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN TAHUN 2022 MELALUI APLIKASI TELEFON UUMCONVO

HEBAHAN: TATACARA PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN TAHUN 2022 MELALUI APLIKASI TELEFON UUMCONVO

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi meraikan kejayaan menamatkan pengajian. Semua graduan dipohon untuk mengambil tindakan berikut bagi melancarkan perjalanan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-35:

  1. Membuat semakan nama graduan 2022 & sesi penganugerahan melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) (http://hea.uum.edu.my/);
  2. Memuat turun aplikasi UUMCONVO mulai 29 Mei 2023 seperti manual di pautan: https://drive.google.com/file/d/1wvBijoBF6iwAilybV6d8hf3lYFos9VpK/view?usp=share_link
  3. Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Ke-35 melalui aplikasi UUMCONVO mulai 29 Mei 2023 dan tarikh akhir untuk membuat pengesahan kehadiran adalah pada 20 Jun 2023 (jam 12:00 tengah hari). Serentak dengan tarikh itu juga, pengambilan ijazah dan transkrip secara walk-in adalah ditutup dan graduan yang tidak berhasrat untuk hadir ke majlis konvokesyen boleh mengambil ijazah dan transkrip mulai 25 Jun 2023.
  4. Hanya graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dibenarkan untuk menghadiri majlis konvokesyen.
  5. Graduan Sarjana Muda dibenarkan menghantar wakil untuk pengambilan jubah, namun seorang wakil hanya dibenarkan mengambil jubah bagi seorang graduan sahaja.

Sekian, harap maklum.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia
28 Mei 2023