TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 : 17 MAC 2024 (AHAD)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 : 17 MAC 2024 (AHAD)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 17 Mac 2024 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ – klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2024/2025
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Mid Semester Bagi Semester Januari Sesi 2024/2025
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 18 Februari 2024 (Ahad) sehingga 10 Mac 2024.
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 15 Februari 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ241 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih

HEBAHAN PENTING PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR SEMESTER OKTOBER 2023/2024 (JA232) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM
HEBAHAN PENTING PEPERIKSAAN AKHIR PELAJAR SEMESTER OKTOBER 2023/2024 (JA232) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM
Skip to PDF contentNota Tambahan :
Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :
1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.
2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.
HEBAHAN: MEMO BERKAITAN PENDAFTARAN SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 – BAKI TUNGGAKAN RM1000 DAN KE ATAS
HEBAHAN: MEMO BERKAITAN PENDAFTARAN SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 – BAKI TUNGGAKAN RM1000 DAN KE ATAS
Skip to PDF contentHEBAHAN: MEMO BERKAITAN PENDAFTARAN SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 – BAKI TUNGGAKAN KURANG DARIPADA RM1000
HEBAHAN: MEMO BERKAITAN PENDAFTARAN SEMESTER JANUARI SESI 2024/2025 – BAKI TUNGGAKAN KURANG DARIPADA RM1000
Skip to PDF contentNOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024(JA232)
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024(JA232)
Skip to PDF contentTARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024: 31 JANUARI 2024 (RABU)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024: 31 JANUARI 2024 (RABU)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Pelajar PACE dihormati,
Peringatan : Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan yuran semester semasa DUA MINGGU sebelum Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2023/2024.
Adalah dimaklumkan, sekiranya calon peperiksaan hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 31 Januari 2024(Rabu) melalui emel PACE
: pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.
Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut :
1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.
2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat Peperiksaan PJJ berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Notis Hebahan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2023/2024 pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan.
3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
NOTIS HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 PADA 21 HINGGA 26 FEBRUARI 2024 PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM
NOTIS HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 PADA 21 HINGGA 26 FEBRUARI 2024 PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM
Skip to PDF content Skip to PDF content Skip to PDF contentHEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2023/2024(JJ232)
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2023/2024(JJ232)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2023/2024 (JJ232) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 14 Januari 2024 (Ahad) jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 28 Januari 2024 (Ahad). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Januari Sesi 2024/2025 (JJ241): Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Januari Sesi 2024/2025(JJ241) menu Pengkuliahan dan Praktikum.
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
