TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024: 18 JUN 2023 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024: 18 JUN 2023 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 18 Jun 2023 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB  https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ –  klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.​

HEBAHAN: TATACARA PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN TAHUN 2022 MELALUI APLIKASI TELEFON UUMCONVO

HEBAHAN: TATACARA PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN TAHUN 2022 MELALUI APLIKASI TELEFON UUMCONVO

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi meraikan kejayaan menamatkan pengajian. Semua graduan dipohon untuk mengambil tindakan berikut bagi melancarkan perjalanan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-35:

  1. Membuat semakan nama graduan 2022 & sesi penganugerahan melalui laman sesawang Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) (http://hea.uum.edu.my/);
  2. Memuat turun aplikasi UUMCONVO mulai 29 Mei 2023 seperti manual di pautan: https://drive.google.com/file/d/1wvBijoBF6iwAilybV6d8hf3lYFos9VpK/view?usp=share_link
  3. Membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen Ke-35 melalui aplikasi UUMCONVO mulai 29 Mei 2023 dan tarikh akhir untuk membuat pengesahan kehadiran adalah pada 20 Jun 2023 (jam 12:00 tengah hari). Serentak dengan tarikh itu juga, pengambilan ijazah dan transkrip secara walk-in adalah ditutup dan graduan yang tidak berhasrat untuk hadir ke majlis konvokesyen boleh mengambil ijazah dan transkrip mulai 25 Jun 2023.
  4. Hanya graduan yang telah membuat pengesahan kehadiran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan tersebut akan dibenarkan untuk menghadiri majlis konvokesyen.
  5. Graduan Sarjana Muda dibenarkan menghantar wakil untuk pengambilan jubah, namun seorang wakil hanya dibenarkan mengambil jubah bagi seorang graduan sahaja.

Sekian, harap maklum.

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia
28 Mei 2023

Skip to PDF content

HEBAHAN: INFO-INFO PENTING BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-35

HEBAHAN: INFO-INFO PENTING BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-35

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Para graduan yang akan bergraduat pada 23 hingga 27 Julai 2023 nanti anda boleh dapatkan info berkaitan majlis konvokesyen seperti:

  • Senarai graduan
  • Surat jemputan
  • Tatacara pakaian majlis konvo
  • Sidang sesi
  • Jadual pengambilan dan pemulangan jubah
  • Lain-lain info

Dilaman sesawang: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation

Sekian, terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER APRIL SESI 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester April Sesi 2023/2024 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 21 Mei 2023 (Ahad). 

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semesterdiadakan agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA231 melalui platform UUM Online Learning PACE  :  https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39​ atau secara bersemuka(merujuk ketetapan Penyelaras Kursus ikut kursus masing – masing).

Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300, dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM  : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 9 Mei 2023.

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira. 

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

HEBAHAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEBAHAN RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,

Hebahan rasmi berkaitan Majlis Konvokesyen ke – 35 Universiti Utara Malaysia sila layari laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM menu Undergraduate – Convocation di capaian : http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation