HEBAHAN TERKINI: MAKLUMAN BERKAITAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER DAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023
HEBAHAN TERKINI: MAKLUMAN BERKAITAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER DAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023
Skip to PDF contentNOTIS PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) – SEMAKAN MAKLUMAT PERIBADI DAN MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2022 YANG TELAH DISAHKAN SENAT DAN LAYAK BERGRADUAT
NOTIS PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) – SEMAKAN MAKLUMAT PERIBADI DAN MENGISI KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2022 YANG TELAH DISAHKAN SENAT DAN LAYAK BERGRADUAT
Tarikh : 23 November 2022



TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023 : 25 DISEMBER 2022(AHAD)
TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023 : 25 DISEMBER 2022(AHAD)
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 25 Disember 2022 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.
Peperiksaan Gantian akan dijalankan secara atas talian pada Pertemuan Keempat semester.
Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.
- Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB : https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ – klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian.
- Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
- Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2022/2023
Hebahan : Menu Cetakan Surat Pelepasan Midsem Semester Oktober Sesi 2022/2023
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2022/2023 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 November 2022(Jumaat)
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum Peperiksaan Pertengahan Semester diadakan agar pelajar tidak dihalang menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA222 melalui Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my/pace_39/
- Pelajar dengan yuran tunggakan yang tidak melebihi RM2,300
- Pelajar dibenarkan mendaftar semester baharu melalui Portal UUM : http://www.portal.uum.edu.my : Lecture – Add Course – Confirm Attendance – Add Course -Timetable – Cetak slip pendaftaran kursus (untuk rekod pelajar) sebelum 27 November 2022.
- Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2023
HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pelajar dihormati,
Seperti perancangan universiti jangkaan tarikh Majlis Konvokesyen UUM ke – 35 akan diadakan pada bulan 14 – 18 Mei 2023.
Sehubungan dengan itu, bagi pelajar PJJ UUM semester akhir dikehendaki mengambil perhatian makluman penting seperti di bawah :
TARIKH AKHIR SERAH BORANG PENGIJAZAHAN TAHUN 2023 : 3 NOVEMBER 2022 | KHAMIS
Pelajar dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dengan mengemukakan dokumen seperti berikut melalui emel pace@uum.edu.my :
Borang pengijazahan boleh dimuat turun melalui laman web PACEUECSB menu Pengijazahan
1. Salinan keputusan MUET.
2. Salinan kad pengenalan.
3. Salinan keputusan peperiksaan akhir dari Semester 1 hingga Semester Akhir.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
SELAMAT MAJU JAYA.
KENYATAAN RASMI JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-34 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KENYATAAN RASMI JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-34 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Tarikh : 21 Oktober 2022
Memandangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihanraya ke-15 (PRU 15) pada 19 November 2022 (Sabtu), maka sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia kekal TIDAK BERUBAH , iaitu 6 hingga 10 November 2022 merujuk lampiran seperti berikut.
Bersama – sama ini disampaikan hebahan seperti berikut :
1. Kenyataan Rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik berkaitan Pemakluman Tarikh Majlis Konvokesyen UUM dikekalkan seperti yang dirancang oleh UUM.

2. Tarikh Sidang PACE Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia dijadualkan pada 10 November 2022 (Khamis) Sesi Petang jam 1.30 petang hingga 6.30 petang. [graduan dinasihatkan datang awal].

3. Jadual Sesi Pengambilan dan Pemulangan Jubah Graduan PJJ adalah bermula 5 – 9 November 2022 merujuk waktu operasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran.
Sehubungan dengan itu, untuk keterangan lanjut berkaitan hebahan rami Majlis Konvokesyen UUM, sila rujuk laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM :
www.hea.uum.edu.my – undergraduate – convocation
HEBAHAN TERKINI: PEMAKLUMAN TARIKH BAHARU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023
HEBAHAN TERKINI: PEMAKLUMAN TARIKH BAHARU PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023
Skip to PDF contentDIKEMASKINI PADA 25.10.2022: HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023
DIKEMASKINI PADA 25.10.2022: HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023
Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,
Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 yang dijadualkan pada 14-21 November 2022 DIPINDA ke tarikh baharu mengikut fasa seperti berikut:
FASA PERTAMA : 14 November 2022 sehingga 17 November 2022
FASA KEDUA : 21 November 2022 sehingga 24 November 2022
Pindaan tarikh baharu Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 ini adalah untuk memberi pelepasan kepada semua pelajar PJJUUM keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke – 15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November 2022 (Sabtu).
Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 akan diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE dan E-Assessment.
Jadual Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 terkini akan dikongsikan melalui platform media sosial PACE dan laman web PACEUECSB
Ini bermakna tiada lagi pentaksiran akhir seperti semester sebelum ini dan digantikan dengan peperiksaan akhir.
- Persediaan Penggunaan UUMOL PACE : Panduan_Pelajar_-_UUM_ONLINE_LEARNING_PACE_UUMOL_PACE.pdf
- Panduan Login UUMOL PACE : KLIK SINI
- Panduan Penggunaan E- Assessment : KLIK DISINI
- Panduan Perlaksanaan Peperiksaan Akhir : KLIK DISINI
- Jadual Peperiksaan Akhir Semester JULAI 2022 : KLIK DISINI
- Memo Peperiksaan Akhir Semester JULAI 2022 : KLIK DISINI
- Pemakluman Tarikh Baharu Peperiksaan Akhir Semester JULAI 2022: KLIK DISINI
Pelajar DIWAJIBKAN membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas (16 Oktober 2022), sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.
Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2022/2023 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 15 Oktober 2022 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).
Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (26 Oktober 2022) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Slip Examination UG.
Pelajar DIINGATKAN agar mengambil maklum perkara berikut :
1. Pelajar diingatkan agar tidak melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan iaitu pelajar dikehendaki membaca dengan teliti dan mematuhi arahan-arahan yang dipaparkan pada soalan peperiksaan.
2. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan medium emel penyelaras kursus/pensyarah PJJUUM untuk penyerahan kuiz/peperiksaan akhir sekiranya tidak diarahkan oleh penyelaras kursus tersebut.
3. Tugas calon tidak dapat hadir peperiksaan akhir, dipohon merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian :
– Borang Permohonan Peperiksaan Gantian
– Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 1 Disember 2022. [Permohonan Peperiksaan Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]– Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.
4. Pelajar akan diberikan Gred F sekiranya TIDAK MENGHADIRI peperiksaan akhir kecuali kursus-kursus yang tidak memerlukan peperiksaan akhir seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Akademik Kolej/Pusat Kokurikulum
5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki yuran pengajian yang belum dijelaskan, sekiranya status pengajian pelajar aktif/kursus bagi semester semasa didaftarkan. Pelajar dibolehkan menduduki peperiksaan akhir. Walaubagaimanapun, pelajar dinasihatkan agar menjelaskan baki yuran pengajian secara ansuran sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada awal bulan Januari 2023 kelak.
6. Sekiranya terdapat masalah teknikal penggunaan UUM Online Learning PACE, sila hubungi +604-928 6666/6644/6622 atau emel : itservices@uum.edu.my dengan mengemukakan nama/matrik/permasalahan untuk bantuan UUMIT selanjutnya.
7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.
SEMOGA MAJU JAYA DALAM MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
TERKINI: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023(JJ222)
TERKINI: CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER JULAI SESI 2022/2023 (JJ222)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 yang dijadualkan pada 14-21 November 2022 DIPINDA ke tarikh baharu mengikut fasa seperti berikut:
FASA PERTAMA : 14 November 2022 sehingga 17 November 2022
FASA KEDUA : 21 November 2022 sehingga 24 November 2022
Pindaan tarikh baharu Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 ini adalah untuk memberi pelepasan kepada semua pelajar PJJUUM keluar mengundi pada Pilihanraya Umum ke – 15 (PRU15) yang akan diadakan pada 19 November 2022(Sabtu).
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2022/2023(JJ222) disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Oktober 2022 (Jumaat).
Nota Tambahan :
- Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2022/2023 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 14 hingga 21 November 2022 secara atas talian melalui sistem UUM E-Assessment atau UUM Online Learning PACE di pautan ini : https://learning-pace.uum.edu.my/
- Jadual Peperiksaan akan dimaklumkan melalui laman web ini selepas Pertemuan IV.
- Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir [14 – 21 Oktober 2022] sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
- Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

