TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025: 29 SEPTEMBER 2024 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025: 29 SEPTEMBER 2024 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 29 September 2024 (Ahad).

Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2024/2025

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2024/2025 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 Ogos 2024 (Ahad) sehingga 22 September 2024 (Ahad).


Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 21 Ogos 2024 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ242 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

HEBAHAN BERKAITAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM KEPADA AKAUN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

HEBAHAN BERKAITAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM KEPADA AKAUN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Skip to PDF content

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.

PEMBERITAHUAN PUSAT PEPERIKSAAN PACE SIBU SEMESTER APRIL SESI 2024/2025

PEMBERITAHUAN PUSAT PEPERIKSAAN PACE SIBU SEMESTER APRIL SESI 2024/2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

PEMBERITAHUAN PUSAT PEPERIKSAAN PACE SIBU SEMESTER APRIL SESI 2024/2025

Pemberitahuan Perubahan Pusat Peperiksaan kepada Pelajar Pusat Pembelajaran PACE Sibu yang akan menduduki Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2024/2025 pada 13 hingga 17 Ogos 2024.

Alamat Pusat Peperiksaan Sibu adalah seperti di bawah : 

Kenyalang Skills Center Sdn. Bhd.
1st, 2nd and 3rd Floor, Lot 845, Block 5
STD 6, Jalan Lau King Howe 1
96000 Sibu, Sarawak.       

Untuk hebahan lanjut berkaitan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2024/2025, sila rujuk url : https://pace.uum.edu.my/peperiksaan-akhir-semester-april-sesi-2024-2025-ja241

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 (JA241)

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025 (JA241)

PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025

Pelajar Program Separuh Masa UUM dikehendaki HADIR peperiksaan akhir merujuk kepada PUSAT PENGAJIAN pelajar. SILA ABAIKAN kod kumpulan (A,C,K) paparan pada daftar kursus/slip peperiksaan akhir adalah untuk kegunaan unit kuliah dan peperiksaan PACE sahaja.

KETERANGAN KOD KUMPULAN PADA PAPARAN SENARAI DAFTAR KURSUS/SLIP PEPERIKSAAN AKHIR

A – PUSAT UUM/KOTA BHARU/JOHOR BAHRU

K – PUSAT KOTA KINABALU/IPOH/MELAKA/KUCHING/MIRI/SIBU/KUANTAN

C – PUSAT KUALA LUMPUR SAHAJA

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Skip to PDF content
Skip to PDF content
Skip to PDF content

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025(JA241)

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2024/2025(JA241)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2024/2025 disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 15 Julai 2024(Isnin).

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2024/2025 Program Separuh Masa PACE akan diadakan pada 13 hingga 18 Ogos 2024 secara bersemuka serentak di semua Pusat Pembelajaran PACE UUM.


2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir). 

4.  Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025: 15 JULAI 2024 (ISNIN)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER APRIL SESI 2024/2025: 15 JULAI 2024 (ISNIN)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan : Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 15 Julai 2024 (Isnin) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my  untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.

Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut:

1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.

2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat  Peperiksaan berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Jadual Waktu  Peperiksaan akan dikeluarkan melalui laman web PACE UUM selepas Pertemuan Keempat) pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. Walaubagaimanapun, permohonan peperiksaan gantian akan  dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan ahli mesyuarat sewajarnya.

3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.

4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

HEBAHAN PENTING PELAJAR SEMESTER JULAI 2024/2025 (JJ242) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

HEBAHAN PENTING PELAJAR SEMESTER JULAI 2024/2025 (JJ242) PROGRAM SEPARUH MASA PACE UUM

Skip to PDF content

Nota Tambahan :

Sekiranya pelajar membuat pertanyaan berkaitan implikasi tidak membayar yuran semester semasa mengikut tempoh ditetapkan :

1) Tidak dibenarkan untuk mendaftar kursus pada semester seterusnya.

2) Keputusan peperiksaan akhir dihalang membuat semakan keputusan semester semasa melalui Portal UUM.