HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO251 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT MOCK FINAL EXAM DAN PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO251 MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2025/2026 (JO251) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 25 Oktober 2025.

Nota Tambahan :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir secara atas talian. 

2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 

3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir). 

4.  Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM dan menduduki peperiksaan akhir melalui Sistem Peperiksaan.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Posted in ODL

PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian kepada semua graduan 2025

Anda yang masih belum mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk berbuat demikian dengan segera. Penyertaan anda amat penting bagi membantu meningkatkan Graduate Employability (GE) UUM. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong kecemerlangan universiti!

🎓 GRADUAN UUM 2025!
Jom sertai Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) ✨

Soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap graduan bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing. Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap, sekali gus dapat meningkatkan peratusan GE UUM.

Anda dikehendaki melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

📅 Tempoh: 14 September 2025 – 24 Februari 2026
🌐 Isi kajian di 👉 https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

Sekian, terima kasih.

PERHATIAN❗CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN

PERHATIAN❗CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2025/2026 | Pusat Peperiksaan Kota Bharu pada esok hari iaitu pada 23 November 2025 ditangguhkan disebabkan faktor cuaca. 

Peperiksaan Gantian akan diadakan bagi kursus – kursus terlibat dan akan dimaklumkan kepada calon peperiksaan terlibat melalui platform hebahan PACE UUM tidak lama lagi.

Pengarah PACE