HEBAHAN: SEMAKAN SEMULA PENERIMA PERANTI SISWA DIRAGUI

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2023/2024(JJ231) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 9 Julai 2023 jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my
2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.
5. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
7. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 23 Julai 2023 (Ahad). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Julai Sesi 2023/2024 : Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Julai sesi 2023/2024 (JJ232) menu Pengkuliahan dan Praktikum.
9. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UECSB di url ini : https://pace.uecsb.com.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan
10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2023/2024 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 16 Julai 2023(Ahad).
Nota Tambahan :
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.


Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
🍴JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN PJJUUM 2022 🍴
🎀Terbuka kepada semua bakal graduan PJJUUM 2022 🎀
Sukacita dimaklumkan bahawa PACE UUM akan mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan para graduan yang akan bergraduat pada tahun ini.
Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut :
🗓️ Tarikh: 26/07/2023
🕠Masa pendaftaran: 6.30 pm
🎈Tempat: EDC Hotel & Resort, UUM
Sehubungan dengan itu, PACE amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis tersebut.
Nota:
📝Sila sahkan kehadiran tuan/puan sebelum 12/07/2023.
📝 Deposit RM50 perlu dibayar selewat-lewatnya pada 12/07/2023.
(Deposit akan dikembalikan jika hadir pada majlis tersebut)
☑️Bayaran perlu dibuat ke no.akaun : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02093010007784 (Uniutama Education & Consultancy).
☑️Sila catatkan Dinner 2022/No. Matrik untuk tujuan semakan.
▶️Untuk pengesahan kehadiran, klik url di bawah :
https://forms.gle/fjYujEE9icFLuM7F8
👞👠 Tradisional Malaysia
🍴Sajian Melayu Set Menu
🎁Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Anda
📸 Photobooth Disediakan
🌹 Kami Menunggu Kehadiran Anda, Bakal Graduan PJJUUM 2022 🌹
📌UNTUK MAKLUMAN:
BORANG PENGESAHAN INI ADALAH UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM SAHAJA DAN BUKAN UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Security Error: PDF files must be hosted on the same domain as this site.
PDF is hosted on: https://pace.uecsb.com.my but this site is: https://pace.uum.edu.my