HEBAHAN: PERLANJUTAN TEMPOH MEMBUAT PENGESAHAN KEHADIRAN KE MAJLIS KONVOKESYEN KE-35 BAGI GRADUAN 2022 MELALUI APLIKASI UUMCONVO


Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
🍴JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM GRADUAN PJJUUM 2022 🍴
🎀Terbuka kepada semua bakal graduan PJJUUM 2022 🎀
Sukacita dimaklumkan bahawa PACE UUM akan mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan para graduan yang akan bergraduat pada tahun ini.
Butiran mengenai majlis tersebut adalah seperti berikut :
🗓️ Tarikh: 26/07/2023
🕠Masa pendaftaran: 6.30 pm
🎈Tempat: EDC Hotel & Resort, UUM
Sehubungan dengan itu, PACE amat berbesar hati menjemput tuan/puan untuk hadir ke majlis tersebut.
Nota:
📝Sila sahkan kehadiran tuan/puan sebelum 12/07/2023.
📝 Deposit RM50 perlu dibayar selewat-lewatnya pada 12/07/2023.
(Deposit akan dikembalikan jika hadir pada majlis tersebut)
☑️Bayaran perlu dibuat ke no.akaun : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02093010007784 (Uniutama Education & Consultancy).
☑️Sila catatkan Dinner 2022/No. Matrik untuk tujuan semakan.
▶️Untuk pengesahan kehadiran, klik url di bawah :
https://forms.gle/fjYujEE9icFLuM7F8
👞👠 Tradisional Malaysia
🍴Sajian Melayu Set Menu
🎁Hadiah Cabutan Bertuah Menanti Anda
📸 Photobooth Disediakan
🌹 Kami Menunggu Kehadiran Anda, Bakal Graduan PJJUUM 2022 🌹
📌UNTUK MAKLUMAN:
BORANG PENGESAHAN INI ADALAH UNTUK MAJLIS MAKAN MALAM SAHAJA DAN BUKAN UNTUK PENGESAHAN KEHADIRAN MAJLIS KONVOKESYEN.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 18 Jun 2023 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UECSB https://pace.uecsb.com.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ – klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,
Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang amat bermakna kepada semua graduan bagi meraikan kejayaan menamatkan pengajian. Semua graduan dipohon untuk mengambil tindakan berikut bagi melancarkan perjalanan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-35:
Sekian, harap maklum.
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia
28 Mei 2023

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Para Graduan PJJ tahun 2022 dihormati,
Para graduan yang akan bergraduat pada 23 hingga 27 Julai 2023 nanti anda boleh dapatkan info berkaitan majlis konvokesyen seperti:
Dilaman sesawang: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation
Sekian, terima kasih.