TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024: 1 OKTOBER 2023 (AHAD)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2023/2024: 1 OKTOBER 2023 (AHAD)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 1 Oktober 2023 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan gantian.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PJJUUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Pendidikan Jarak Jauh – Borang PJJ – klik pada pautan Borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
KAD PRIHATIN SISWA: MAKLUMAN PEMBUKAAN DAN PENGAKTIFAN AKAUN DI CAWANGAN RHB BANK
KAD PRIHATIN SISWA: MAKLUMAN PEMBUKAAN DAN PENGAKTIFAN AKAUN DI CAWANGAN RHB BANK
Skip to PDF contentMAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA PENGURUSAN AWAM MOD SEPARUH MASA, SEMESTER KETIGA SESI MEI 2022/2023 (223)
MAKLUMAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA PENGURUSAN AWAM MOD SEPARUH MASA, SEMESTER KETIGA SESI MEI 2022/2023 (223)
Skip to PDF contentNOTIS HEBAHAN: SEMPENA PILIHANRAYA NEGERI TAHUN 2023 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2023/2024 DIPINDA KE TARIKH BAHARU 24 HINGGA 29 OGOS 2023 (KHAMIS – SELASA)
NOTIS HEBAHAN: SEMPENA PILIHANRAYA NEGERI TAHUN 2023 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2023/2024 DIPINDA KE TARIKH BAHARU 24 HINGGA 29 OGOS 2023 (KHAMIS – SELASA)
Skip to PDF contentHEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024(JJ231)
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JANUARI SESI 2023/2024(JJ231)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Januari Sesi 2023/2024(JJ231) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada 9 Julai 2023 jam 10.00 pagi di url : https://portal.uum.edu.my
2. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
3. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat.
5. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uecsb.com.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
7. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 23 Julai 2023 (Ahad). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
8. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Julai Sesi 2023/2024 : Pengajaran dan Pembelajaran pada Semester Julai sesi 2023/2024 (JJ232) menu Pengkuliahan dan Praktikum.
9. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UECSB di url ini : https://pace.uecsb.com.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan
10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM : pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2023/2024(JA231)
HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER APRIL SESI 2023/2024(JA231)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester April Sesi 2023/2024 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 16 Julai 2023(Ahad).
Nota Tambahan :
- Tarikh Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2023/2024 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 24 hingga 29 Ogos 2023 secara bersemuka serentak di semua Pusat Pembelajaran PJJ UUM.
- Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
- Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM) menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.



