HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JO241) MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JO241) MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Oktober Sesi 2024/2025 (JO241) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada :  20 Mac ​2025 (Khamis) jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my​ 

PENTING:

– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.

– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.

– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata 
kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my


Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

Posted in ODL

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 23 MAC 2025 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 23 MAC 2025 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 23 Mac 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ251 melalui Portal UUM adalah pada 16 Februari 2025.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

PANGGILAN PENTING PEPERIKSAAN AKHR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 BERMULA 3 HINGGA 6 FEBRUARI 2025

PANGGILAN PENTING PEPERIKSAAN AKHR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 BERMULA 3 HINGGA 6 FEBRUARI 2025

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar Program ODL dihormati,

✓ Sistem Peperiksaan Online di url : https://uum-exam.hostexam.net
✓ Jadual waktu peperiksaan sila klik url : https://pace.uum.edu.my/hebahan-jadual-waktu-peperiksaan-akhir-program-pembelajaran-terbuka-dan-jarak-jauh-odl-semester-oktober-sesi-2024-2025

TINDAKAN PELAJAR :

  1. Pelajar ODL dikehendaki hadir 30 minit awal sebelum peperiksaan akhir bermula.
  2. Sila pastikan komputer/komputer riba,  kamera, mikrofon dipasang dan berada dalam keadaan baik, pencahayaan bilik yang baik serta berpakaian kemas sepanjang peperiksaan.
  3. Hebahan lanjut : Persediaan Sebelum Peperiksaan Akhir Program ODL, sila klik url : https://pace.uum.edu.my/pemakluman-penting-persediaan-sebelum-peperiksaan-akhir-program-odl
  4. Hebahan lanjut : Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir, sila klik url : https://pace.uum.edu.my/tarikh-akhir-permohonan-peperiksaan-akhir-gantian-semester-oktober-sesi-2024-2025-12-februari-2025-rabu
  5. Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir, sila klik url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2025/02/Panduan-Permohonan-Peperiksaan-Gantian-PACE-ODL-dikemaskini-2.2.2025.pdf

Selamat Maju Jaya dalam Menjalani Peperiksaan Akhir.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih .

Posted in ODL

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar Program ODL dihormati,

Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACE UUM.

1.​Borang Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 12 Februari 2025 (Rabu).[Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

2.Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.
Permohonan selepas tarikh akhir permohonan tidak diterima.

3.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Posted in ODL

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 17 Februari 2025 (Isnin) sehingga 20 Mac 2025.

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 Februari 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ251 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my   atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.