PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perhatian kepada semua graduan 2025

Anda yang masih belum mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk berbuat demikian dengan segera. Penyertaan anda amat penting bagi membantu meningkatkan Graduate Employability (GE) UUM. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong kecemerlangan universiti!

Skip to PDF content

šŸŽ“ GRADUAN UUM 2025!
Jom sertai Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) āœØ

Soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap graduan bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing. Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap, sekali gus dapat meningkatkan peratusan GE UUM.

Anda dikehendaki melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

šŸ“…Ā Tempoh: 14 September 2025 – 24 Februari 2026
🌐 Isi kajian diĀ šŸ‘‰Ā https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/

Sekian, terima kasih.

PERHATIANā—CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN

PERHATIANā—CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2025/2026 | Pusat Peperiksaan Kota Bharu pada esok hari iaituĀ pada 23 November 2025 ditangguhkan disebabkan faktor cuaca.Ā 

Peperiksaan Gantian akan diadakan bagi kursus – kursus terlibat dan akan dimaklumkan kepada calon peperiksaan terlibat melalui platform hebahan PACE UUM tidak lama lagi.

Pengarah PACE