MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU

MEMO PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN YANG BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati,

Adalah dimaklumkan bahawa pihak PACE UUM kini sedang melakukan pemindahan data berkaitan yuran pelajar daripada sistem kewangan lama kepada sistem kewangan (FIMS) yang baharu.

Sehubungan itu, kepada semua pelajar PJJ PACE UUM diminta untuk mengambil perhatian hal ini berikutan penyata akaun pelajar tidak dapat disemak buat sementara waktu melalui sistem portal sehingga proses pemindahan data tersebut selesai.

Namun, bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran perlulah dihantar kepada Unit Pengurusan Kredit (upk.pace@gmail.com) untuk semakan di pihak PACE. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Pengurusan di talian 019-590 8547. 

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan keputusan peperiksaan sila rujuk masalah tersebut melalui email pace@uum.edu.my

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.  Sekian dimaklumkan.

PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN BAHARU

PEMAKLUMAN PEMINDAHAN DATA DARIPADA SISTEM KEWANGAN LAMA KEPADA SISTEM KEWANGAN BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelajar yang dihormati,

Bersama – sama ini disampaikan hebahan rasmi berkaitan makluman pengemaskinian menu Penyata Akaun Kewangan Pelajar pada Portal UUM seperti di url ini [KLIK DISINI] 

serta hebahan rasmi berkaitan makluman pemindahan data yuran pelajar kepada sistem kewangan baharu seperti di url ini [KLIK DISINI]

Mohon sebarluas dan kongsikan hebahan ini kepada semua pelajar PJJUUM untuk panduan bersama.  Terima kasih

Tarikh Akhir : Permohonan Midsem Gantian Sem. Januari Sesi 2021/2022

Tarikh Akhir : Permohonan Midsem Gantian Sem. Januari Sesi 2021/2022

TARIKH AKHIR : PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2021/2022

– 28 MAC 2021 (AHAD) – 

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 28 Mac 2021 (Ahad).

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE : www.pace.uum.edu.my

pada menu Sarjana Muda – Muat Turun – Unit Peperiksaan/Praktikum/Pengijazahan – klik pada pautan borang Tangguh Peperiksaan Akhir/Gantian

Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima. 

Makluman Penting : Peperiksaan Akhir JJ202

Makluman Penting : Peperiksaan Akhir JJ202

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Pelajar PJJ PACEUUM,

Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 18 hingga 25 November 2020 secara dalam talian melalui UUM Online Learning PACE (UUMOL PACE)http://learning-pace.uum.edu.my

Jadual Peperiksaan Akhir (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web PACEUUM dalam masa terdekat.

Pelajar dikehendaki membuat Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUMhttps://portal.uum.edu.my menu Lecture – Ecevas bermula 20 Oktober 2020, sebelum dibolehkan mencetak slip peperiksaan akhir.

Pelajar boleh mencetak Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter bermula 20 Oktober 2020 bagi tujuan mendapatkan pelepasan majikan (jika perlu).

Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan) melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my menu Lecture – Slip Examination UG.    

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PJJ SEMESTER OKTOBER 2020/2021 (JA202)

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU PROGRAM PJJ SEMESTER OKTOBER 2020/2021 (JA202)

📝 Pendaftaran pelajar baharu akan dijalankan bermula 4 November 2020 (Rabu)  sehingga 8 November 2020 (Ahad). Pelajar digalakkan membuat pendaftaran awal bagi memudahkan proses pendaftaran kursus dan soal jawab semasa Taklimat Akademik.

📝 Pendaftaran akan dijalankan secara dalam talian di pautan http://aras.uecsb.com.my

📝 Taklimat Akademik Pelajar Baharu akan diadakan pada 5 Oktober 2020 (Khamis)  jam 10.00 pagi melalui aplikasi Webex

📌Sila rujuk di MANUAL PELAJAR BAHARU

Hebahan Keputusan Peperiksaan Semester April JA201

Hebahan Keputusan Peperiksaan Semester JA201

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Pelajar dihormati,

  • Keputusan Peperiksaan Akhir Semester April Sesi 2020/2021(JA201) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing hari ini 22 Oktober 2020 di url : https://portal.uum.edu.my
  • Tarikh Gugur Tambah bagi Semester Oktober Sesi 2020/2021 (JA202) adalah pada 29 Oktober hingga 28 November 2020.
  • Pelajar dikehendaki mendaftar kursus sebelum kuliah agar status pelajar aktif dan dapat membuat capaian pada UUM Online Learning merujuk kursus diambil pada semester semasa pengajian.
  • Tarikh Kuliah Pertemuan Pertama adalah pada 6 – 7 November 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu), dan 7 – 8 November 2020 (bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad).
  • Semua kuliah/aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan dijalankan secara dalam talian (online) atau kaedah remote learning. Kaedah remote learning merupakan kaedah selain bersemuka, antaranya pembelajaran berbentuk tugasan dan pembelajaran kendiri menggunakan pelbagai sistem komunikasi, penyampaian dan sumber pembelajaran, contohnya, WhatsApp, Email, SMS dan sebagainya.
  • Pelajar disarankan agar membaca makluman PdP bagi Semester Oktober Sesi 2020/2021 [KLIK DISINI]
  • Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila kemukakan pertanyaan ke emel PACEUUM : pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021(JJ202)

Cetakan Surat Pelepasan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021(JJ202)

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 disiarkan dalam Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 20 Oktober 2020.    

Nota Tambahan :

1. Tarikh Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2020/2021 Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJUUM) akan diadakan pada 18 hingga 25 November 2020 secara atas talian.

2. Jadual Peperiksaan (bagi kursus yang berkaitan sahaja) akan dimaklumkan melalui laman web ini tidak lama lagi. 

3. Pelajar dikehendaki mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula 21 Oktober 2020 (Rabu) sebelum mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.

4. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan akhir (akan dimaklumkan melalui Portal UUM menu Lecture – Slip Examination UG tidak lama lagi) jika perlu untuk salinan majikan pelajar.  Sekian dimaklumkan. Terima Kasih. 

pelepasanfe 1
Slide2