HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO241 MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO241 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2024/2025 (JO241) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 5 Januari 2025(Ahad).
Nota Tambahan :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir secara atas talian.
2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM.
3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir).
4. Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 13 JANUARI 2025 (ISNIN)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 13 JANUARI 2025 (ISNIN)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Pelajar PACE dihormati,
Peringatan : Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.
Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 13 Januari 2025 (Isnin) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.
Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut:
1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.
2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat Peperiksaan berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Jadual Waktu Peperiksaan akan dikeluarkan melalui laman web PACE UUM selepas Pertemuan Keempat) pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. Walaubagaimanapun, permohonan peperiksaan gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan ahli mesyuarat sewajarnya.
3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.
4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JA242)
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JA242)
PERHATIAN : CALON PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025
Pelajar Program Separuh Masa UUM dikehendaki HADIR peperiksaan akhir merujuk kepada PUSAT PENGAJIAN pelajar. SILA ABAIKAN kod kumpulan (A,C,K) paparan pada daftar kursus/slip peperiksaan akhir adalah untuk kegunaan unit kuliah dan peperiksaan PACE sahaja.
KETERANGAN KOD KUMPULAN PADA PAPARAN SENARAI DAFTAR KURSUS/SLIP PEPERIKSAAN AKHIR
A – PUSAT UUM/KOTA BHARU/JOHOR BAHRU
K – PUSAT KOTA KINABALU/IPOH/MELAKA/KUCHING/MIRI/SIBU/KUANTAN
C – PUSAT KUALA LUMPUR SAHAJA
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 (JJ242) MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 (JJ242) MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Semester Julai Sesi 2024/2025 (JJ242) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 9 Januari 2025 (Khamis) jam 10.00 pagidi https://portal.uum.edu.my
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata
kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 23 Januari 2025 (Khamis).
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah SemesterJanuari Sesi 2025/2026 (JJ251) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing.
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih
MAKLUMAN PENTING: PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AKHIR PADA 28 NOVEMBER 2024 SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 BAGI KAMPUS INDUK UUM
MAKLUMAN PENTING: PENANGGUHAN PEPERIKSAAN AKHIR PADA 28 NOVEMBER 2024 SEMESTER JULAI SESI 2024/2025 BAGI KAMPUS INDUK UUM

HEBAHAN: PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026
HEBAHAN: PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 PROGRAM SEPARUH MASA UUM
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 PROGRAM SEPARUH MASA UUM
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 22 DISEMBER 2024 (AHAD)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 22 DISEMBER 2024 (AHAD)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 22 Disember 2024 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA242 melalui Portal UUM adalah pada 19 November 2024.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
