HEBAHAN : TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD
HEBAHAN : TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027 : 22 MAC 2026 | AHAD
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 22 MAC 2026 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ261 melalui Portal UUM adalah pada 28 Februari 2026.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my. Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 | JA252 DAN JO251 PADA 12 APRIL 2026 MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 | JA252 DAN JO251 PADA 12 APRIL 2026 MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 | JA252 DAN JO251 PADA 12 APRIL 2026 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Oktober Sesi 2025/2026 (JA252 dan JO251) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 12 April 2026 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Pelajar TIDAK MEMPUNYAI HUTANG YURAN TERTUNGGAK DIBENARKAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 26 April 2026 (Ahad). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester April Sesi 2026/2027 (JA261 dan JO252) : Pelajar – Program Separuh Masa dan Program ODL UUM – Jadual Kuliah – SEMESTER APRIL SESI 2026/2027– Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing (mod Separuh Masa)
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan.
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
SKPG 2025 – Pemantauan Pengisian SKPG 2.0 Graduan 2025
SKPG 2025 – Pemantauan Pengisian SKPG 2.0 Graduan 2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua graduan 2025 mod Separuh Masa UUM
Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut:
https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/
SETERUSNYA kemaskini SKPG 2.0 di pautan berikut:
https://graduan.mohe.gov.my/update/LogMasuk.aspx
Penyertaan graduan amat penting bagi membantu meningkatkan Graduate Employability (GE) UUM. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong kecemerlangan universiti.
Segala kerjasama dan sokongan amat dihargai demi kecemerlangan UUM.
Sekian, terima kasih.
Skip to PDF content