HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2023

HEBAHAN RASMI PENGIJAZAHAN TAHUN 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pelajar dihormati,

Seperti perancangan universiti jangkaan tarikh Majlis Konvokesyen UUM ke – 35  akan diadakan pada bulan  14 – 18 Mei 2023.

Sehubungan dengan itu, bagi pelajar PJJ UUM semester akhir dikehendaki mengambil perhatian makluman penting seperti di bawah : 

TARIKH AKHIR SERAH BORANG PENGIJAZAHAN TAHUN 2023 : 3 NOVEMBER 2022 | KHAMIS 

Pelajar dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dengan mengemukakan dokumen seperti berikut melalui emel pace@uum.edu.my :

Borang pengijazahan boleh dimuat turun melalui laman web PACEUECSB menu Pengijazahan ​

1. Salinan keputusan MUET.

2. Salinan kad pengenalan.

3. Salinan keputusan peperiksaan akhir dari Semester 1 hingga Semester Akhir.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.

KENYATAAN RASMI JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-34 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KENYATAAN RASMI JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BERKAITAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-34 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Tarikh : 21 Oktober 2022


Memandangkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan tarikh Pilihanraya ke-15 (PRU 15) pada 19 November 2022 (Sabtu), maka sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia kekal TIDAK BERUBAH , iaitu 6 hingga 10 November 2022 merujuk lampiran seperti berikut.

Bersama – sama ini disampaikan hebahan seperti berikut :


1. Kenyataan Rasmi Jabatan Hal Ehwal Akademik berkaitan Pemakluman Tarikh Majlis Konvokesyen UUM dikekalkan seperti yang dirancang oleh UUM.



2. Tarikh Sidang PACE Majlis Konvokesyen ke-34 Universiti Utara Malaysia dijadualkan pada 10 November 2022 (Khamis) Sesi Petang jam 1.30 petang hingga 6.30 petang. [graduan dinasihatkan datang awal].



3. Jadual Sesi Pengambilan dan Pemulangan Jubah Graduan PJJ adalah bermula 5 – 9 November 2022 merujuk waktu operasi yang telah ditetapkan seperti di lampiran.

Skip to PDF content


Sehubungan dengan itu, untuk keterangan lanjut berkaitan hebahan rami Majlis Konvokesyen UUM, sila rujuk laman web Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM :
www.hea.uum.edu.my – undergraduate – convocation

HEBAHAN: MEMO PEMAKLUMAN SYARAT PENERIMAAN PERANTI SISWA

HEBAHAN: MEMO PEMAKLUMAN SYARAT PENERIMAAN PERANTI SISWA

MEMO PEMAKLUMAN SYARAT-SYARAT PENERIMAAN PERANTI SISWA KELUARGA MALAYSIA

Disampaikan memo daripada Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) berkaitan syarat penerimaan PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah seperti di url ini : Syarat-syarat penerima peranti siswa

Sehubungan dengan itu, bagi pelajar TELAH MENERIMA PerantiSiswa Keluarga Malaysia iaitu pelajar SAMBILAN(PJJ UUM),
para pelajar perlu memulangkan kembali kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, HEP (UUM) secara fizikal atau secara pos untuk dikembalikan kepada pihak Kementerian.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi sekretariat PerantiSiswa UUM di talian
04- 9284083/85/88/89/87 atau emelkan ke alamat : sssdhep@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

SELAMAT MAJU JAYA.

Skip to PDF content

MEMO PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PADA SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023

MAKLUMAN PRAKTIKUM


PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan bagi pelajar yang akan menjalani praktikum pada Semester Oktober Sesi 2022/2023 adalah pada 03 Oktober 2022 (Isnin).

Sehubungan itu,pelajar yang ingin membuat permohonan menjalani praktikum boleh mendapatkan borang tersebut di website pace https://pace.uecsb.com.my. Borang permohonan yang diisi lengkap boleh dihantar ke email nor.amirah@uum.edu.my untuk diproses.

Bagi pelajar yang membuat permohonan menjalani praktikum selepas tarikh akhir 03 Oktober 2022 (Isnin), permohonan akan diproses pada semester seterusnya (Semester April 2023/2024).

Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”

MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE

MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE

  • Pelajar dikehendaki membuat pengesahan status pelajar – klik menu Confirm Attendance terlebih dahulu sebelum memulakan pendaftaran kursus – Add Drop Course UG melalui Portal UUM.
  • Tujuan Confirm Attendance :
    Memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my dan menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester dan Peperiksaan Akhir.
  • Kepentingan Confirm Attendance :
    Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan pada menu Confirm Attendance akan menyebabkan status pelajar tidak aktif/tidak daftar kehadiran walaupun telah mendaftar kursus pada semester semasa pengajian.
Skip to PDF content