MEMO PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PADA SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023

MAKLUMAN PRAKTIKUM
PERMOHONAN MENJALANI PRAKTIKUM PELAJAR PACE UUM BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2022/2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pelajar yang dihormati
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan bagi pelajar yang akan menjalani praktikum pada Semester Oktober Sesi 2022/2023 adalah pada 03 Oktober 2022 (Isnin).
Sehubungan itu,pelajar yang ingin membuat permohonan menjalani praktikum boleh mendapatkan borang tersebut di website pace https://pace.uecsb.com.my. Borang permohonan yang diisi lengkap boleh dihantar ke email nor.amirah@uum.edu.my untuk diproses.
Bagi pelajar yang membuat permohonan menjalani praktikum selepas tarikh akhir 03 Oktober 2022 (Isnin), permohonan akan diproses pada semester seterusnya (Semester April 2023/2024).
Kerjasama dan perhatian semua pelajar berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
”KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”
”ILMU BUDI BAKTI”
PEMAKLUMAN BERKAITAN PENGECUALIAN PRAKTIKUM BAGI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
PEMAKLUMAN BERKAITAN PENGECUALIAN PRAKTIKUM BAGI PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
Skip to PDF contentMAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE
MAKLUMAN PENTING : SILA CONFIRM ATTENDANCE SEBELUM ADD DROP COURSE
- Pelajar dikehendaki membuat pengesahan status pelajar – klik menu Confirm Attendance terlebih dahulu sebelum memulakan pendaftaran kursus – Add Drop Course UG melalui Portal UUM.
- Tujuan Confirm Attendance :
Memastikan status pelajar aktif untuk membolehkan pelajar daftar masuk (login) UUM Online Learning (UUMOL) di pautan learning-pace.uum.edu.my dan menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester dan Peperiksaan Akhir.
- Kepentingan Confirm Attendance :
Sekiranya pelajar tidak membuat pengesahan pada menu Confirm Attendance akan menyebabkan status pelajar tidak aktif/tidak daftar kehadiran walaupun telah mendaftar kursus pada semester semasa pengajian.
