PERUBAHAN TARIKH : HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 (JA251) PADA 30 SEPTEMBER 2025 MELALUI PORTAL UUM
PERUBAHAN TARIKH : HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 (JA251) PADA 30 SEPTEMBER 2025 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir April Sesi 2025/2026 (JA251) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 30 September 2025 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 12 Oktober 2025 (Ahad).Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Oktober Sesi 2025/2026 (JA252) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing .
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan.
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 (JJ252)
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 (JJ252)
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM
Konvokesyen 2025
Konvokesyen 2025
PANDUAN UMUM GRADUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN: https://drive.google.com/file/d/1Ok5cs_nVc2KA76m0BbfTlgWxhFX2OX9z/view
Universiti Utara Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah tamat pengajian dan akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen Ke-38 pada tahun ini.
Tarikh-Tarikh Penting Majlis Konvokesyen Kali ke-38:https://drive.google.com/file/d/1OhfcujfU7eqyIL4kcRPx2gL-PPkLkAks/view
Sidang Sesi Penganugerahan Ijazah:
https://drive.google.com/file/d/1r3DAi6eE0jfswN5_GIPtL1PaxswLN3Kb/view
Senarai Nama Graduan Ijazah Sarjana Muda (sehingga Senat Julai 2025): https://drive.google.com/file/d/1CE1eXmp30sw_r7WzxYAAoBw1GIEUOdrt/view
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh layari website: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation
atau hubungi:
Unit Pengijazahan
Jabatan Hal Ehwal Akademik
Universiti Utara Malaysia | 06010 UUM Sintok, Kedah | Malaysia |
Facebook : https://www.facebook.com/HEAUUM
Tel: +6049283319/ 3320/ 3311/ 3307
Email: konvo@uum.edu.my
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2025/2026
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JULAI SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Julai Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 25 Ogos 2025 (Isnin) sehingga 20 Oktober 2025.
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 20 Ogos 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ252 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau
E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 : 28 SEPTEMBER 2025 (AHAD)
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 : 28 SEPTEMBER 2025 (AHAD)
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 28 September 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ252 melalui Portal UUM adalah pada 20 Ogos 2025.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
PERINGATAN PENTING : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA HONOUR CODE : The Student Academic Integrity Pledge
PERINGATAN PENTING : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA HONOUR CODE : The Student Academic Integrity Pledge
PERINGATAN PENTING : UNIVERSITI UTARA MALAYSIA HONOUR CODE : The Student Academic Integrity Pledge
Adalah dimaklumkan, bermula Semester April Sesi 2025/2026, pelajar dikehendaki membaca akuan peperiksaan dengan teliti sebelum membuat pengesahan/akuan semasa mencetak slip peperiksaan akhir pada Portal UUM.
Mohon klik membaca capaian :
- Peraturan Peperiksaan Universiti Utara Malaysia (PPUM) / Universiti Utara Malaysia Examination Regulations (PPUM).
- Kaedah – Kaedah Universiti Utara Malaysia (Tatatertib Pelajar – Pelajar) 2024 (KTTUUM) khususnya Kaedah 7 dan Kaedah 8 / Universiti Utara Malaysia (Discipline of Student) Rules 2024, with particular attention to Rules 7 & 8.
sebelum klik butang tick dan klik submit.
Sila klik butang “Submit” untuk cetakan slip peperiksaan akhir selepas membuat penilaian eCevas.
PENTING : Penyata Kewangan Pelajar tiada baki yuran belum dijelaskan sahaja dibenarkan untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.
Panduan Penilaian eCevas adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/04/Penilaian-ECEVAS.pdf
Panduan cetak slip peperiksaan adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/04/Tatacara-Mencetak-Slip-Peperiksaan-Akhir.png

PEMAKLUMAN PENTING : TARIKH AKHIR PENGIJAZAHAN 2025 : 10 OGOS 2025
PEMAKLUMAN PENTING : TARIKH AKHIR PENGIJAZAHAN 2025 : 10 OGOS 2025
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Tarikh Akhir Hantar Borang Pengijazahan sebelum atau selewat – lewatnya pada 10 Ogos 2025.
Permohonan pada 11 Ogos 2025 akan dibawa ke proses Pengijazahan tahun 2026.
Panduan Pengijazahan [klik disini]
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.