PEMAKLUMAN AWAL : PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2026
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
PEMAKLUMAN AWAL : PELAJAR SEMESTER AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA PACE UUM – PENGIJAZAHAN 2026
Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan diisi lengkap dimuat turun pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan – Makluman Pengijazahan/Konvokesyen – Borang Semakan Kursus untuk Pelajar Semester Akhir/Borang Pengijazahan – Pilih borang pengijazahan ikut program melalui laman web PACE UUM.
📣PERHATIAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK BERGRADUASI BAGI TAHUN 2026
🎓Tuan-tuan dan puan-puan yang:
1. telah ambil dan lulus semua kursus yang dicadangkan dalam struktur akademik
bagi kemasukan masing-masing.
2. telah ambil dan lulus ujian MUET (tempoh sah laku 5 tahun).
3. telah menjelaskan keseluruhan yuran pengajian.
🎓Tuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk:
1. melengkapkan borang pengijazahan. Borang pengijazahan boleh diperoleh
daripada Laman Sesawang PACE UUM.
2. merujuk Panduan Pengijazahan dipautan di lampiran :
bagi mengisi borang tersebut.
3. cetak dan menyerahkan borang pengijazahan di Kaunter Pejabat PACE
Waktu Pejabat | Ahad – Rabu waktu pejabat tamat jam 5.00 petang | Khamis
waktu pejabat tamat jam 3.30 petang; atau di pos kepada alamat berikut:
📝Unit Pengijazahan PACE,
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia, 06010
Sintok, Kedah.
PENTING :-
1. Pelajar semester akhir dikehendaki mengemukakan borang pengijazahan lengkap dicetak melalui pos ataupun penghantaran melalui Kaunter Pejabat PACE.
2. Penghantaran borang pengijazahan melalui emel adalah tidak diterima.
3. Panduan Pengijazahan klik url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2024/04/Panduan-Pengijazahan-Pelajar-PACE-2024.pdf
4. Borang Pengijazahan lengkap akan diproses dan dipanjangkan kepada Unit Pengijazahan – Hal Ehwal Akademik UUM untuk dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa universiti.
5. Senarai nama pelajar semester akhir layak bergraduasi tahun 2026 akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.
6. Hebahan Tarikh Konvokesyen 2026
UUM akan dikeluarkan melalui laman web HEA UUM: http://hea.uum.edu.my/index.php/convo-convocation.
Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

