TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 13 APRIL 2025 | AHAD

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 13 APRIL 2025 | AHAD

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan : Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 13 April 2025 (Ahad) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my  untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.

Syarat – Syarat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan adalah seperti berikut:

1. Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan berdasarkan keberadaan kursus dipohon pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi setiap Pusat Peperiksaan.

2. Sekiranya kursus berkaitan tidak ditawarkan pada Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Pusat Peperiksaan dipohon, pelajar dinasihatkan agar memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan di Pusat  Peperiksaan berhampiran yang mempunyai kursus tersebut atau boleh mengemukakan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian dengan merujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir (Jadual Waktu  Peperiksaan akan dikeluarkan melalui laman web PACE UUM selepas Pertemuan Keempat) pada menu Peperiksaan dan Pengijazahan. Walaubagaimanapun, permohonan peperiksaan gantian akan  dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan ahli mesyuarat sewajarnya.

3. Pelajar yang mengemukakan permohonan pertukaran pusat peperiksaan dan tumpang pusat selepas dari tarikh ditetapkan tidak diterima.

4. Permohonan yang mencukupi syarat dan diluluskan oleh Unit Peperiksaan PACE UUM akan diberikan maklumbalas melalui emel pelajar. 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih. 

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JA242) MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025 (JA242) MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati, 

1. Keputusan Peperiksaan Akhir Oktober Sesi 2024/2025 (JA242) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada :  13 April 2025 (Ahad) jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my​ 

PENTING:

– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.

– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt ​apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.

– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian. 

2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf

3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat  pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM. 

4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk re​kod dan pengemaskinian penyata 
kewangan pelajar selanjutnya.

5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf

6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf

7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.

8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 24 April 2025 (Khamis).
Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester April Sesi 2025/2026 (JA251) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER APRIL SESI 2025/2026 – Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing  

10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan​

11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih 

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 23 MAC 2025 (AHAD)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026 : 23 MAC 2025 (AHAD)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar dihormati,

Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 23 Mac 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.

Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JJ251 melalui Portal UUM adalah pada 16 Februari 2025.

Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.

Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang  Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan. 
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my

Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026

HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER JANUARI SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Januari Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my  pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 17 Februari 2025 (Isnin) sehingga 20 Mac 2025.

Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 Februari 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JJ251 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my   atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing. 

Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 13 JANUARI 2025 (ISNIN)

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PERTUKARAN PUSAT PEPERIKSAAN ATAU TUMPANG PUSAT PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 13 JANUARI 2025 (ISNIN)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Pelajar PACE dihormati,

Peringatan : Pelajar DIHALANG menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mendaftar kursus bagi semester semasa.

Adalah dimaklumkan, sekiranya pelajar hendak memohon Pertukaran Pusat Peperiksaan atau Tumpang Pusat Peperiksaan dikehendaki mengemukakan Surat Permohonan Pertukaran Pusat Peperiksaan/Tumpang Pusat Peperiksaan secara rasmi beserta dokumen sokongan sebelum atau selewat – lewatnya pada 13 Januari 2025 (Isnin) melalui emel PACE: pace@uum.edu.my  untuk pertimbangan Unit Peperiksaan PACE UUM sewajarnya.