TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU

TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN AKHIR GANTIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2024/2025: 12 FEBRUARI 2025 | RABU

Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Pelajar Program ODL dihormati,

Tugas Calon Tidak Hadir Peperiksaan Akhir

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir peperiksaan akhir, permohonan peperiksaan akhir gantian dibuka tujuh (7) hari bermula dari tarikh akhir peperiksaan akhir merujuk syarat permohonan peperiksaan gantian seperti hebahan melalui laman web PACE UUM.

1.​Borang Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Panduan Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian.–Tarikh Akhir Permohonan Peperiksaan Gantian adalah pada 12 Februari 2025 (Rabu).[Permohonan Peperiksaan Akhir Gantian bagi kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja]

2.Permohonan peperiksaan akhir gantian akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Universiti untuk pertimbangan keputusan sewajarnya.
Permohonan selepas tarikh akhir permohonan tidak diterima.

3.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan peperiksaan akhir, sila kemukakan pertanyaan melalui emel pace@uum.edu.my untuk keterangan selanjutnya.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Posted in ODL

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO241 MELALUI PORTAL UUM

HEBAHAN : MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA MOD PEMBELAJARAN TERBUKA DAN JARAK JAUH (ODL) SEMESTER JO241 MELALUI PORTAL UUM

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,


Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan akhir Semester Oktober Sesi 2024/2025 (JO241) disiarkan melalui Portal UUM: https://portal.uum.edu.my   pada menu Lecture – Final Examination Release Letter pada 5 Januari 2025(Ahad). 

Nota Tambahan :
1. Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian sebelum menduduki peperiksaan akhir secara atas talian. 


2. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Penilaian Kursus (Ecevas) melalui Portal UUM menu Lecture – Ecevas bermula pada Pertemuan IV sehingga tarikh akhir Peperiksaan Akhir sebelum mencetak slip peperiksaan serta data penilaian pelajar akan diimport dan direkod oleh UUM. 


3. Pelajar boleh mencetak slip peperiksaan pada menu Lecture – Slip Examination UG pada Pertemuan IV jika perlu untuk salinan majikan pelajar sekiranya tiada baki yuran pengajian belum dijelaskan (2 minggu sebelum tarikh peperiksaan akhir). 


4.  Pelajar yang mempunyai baki yuran pengajian belum dijelaskan akan dihalang untuk mencetak slip peperiksaan akhir melalui Portal UUM.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Posted in ODL