NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 (JA252)
NOTIS PENTING HEBAHAN MEWAJIBKAN PENILAIAN KURSUS AKADEMIK (ECEVAS) SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 (JA252)
Skip to PDF content Skip to PDF contentNOTIS HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 [5 HINGGA 10 FEBRUARI 2026]
NOTIS HEBAHAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 [5 HINGGA 10 FEBRUARI 2026]
Skip to PDF content Skip to PDF content Skip to PDF contentHEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 (JJ252) PADA 8 JANUARI 2026 MELALUI PORTAL UUM
HEBAHAN: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER JULAI SESI 2025/2026 (JJ252) PADA 8 JANUARI 2026 MELALUI PORTAL UUM
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Pelajar dihormati,
1. Keputusan Peperiksaan Akhir Julai Sesi 2025/2026 (JJ252) boleh dibuat semakan pada portal UUM masing-masing pada : 8 Januari 2026 jam 10.00 pagi di https://portal.uum.edu.my
PENTING:
– Pelajar DIKEHENDAKI menjelaskan keseluruhan yuran pengajian tertunggak sepenuhnya agar TIDAK DIHALANG – status Outstanding Debt untuk semakan keputusan melalui Portal UUM bagi setiap semester.
– Pelajar DIKEHENDAKI cetak dan simpan keputusan peperiksaan akhir terlebih dahulu melalui Portal UUM SEBELUM membuat pendaftaran kursus secara atas talian bagi semester semasa agar tidak dicaj yuran semester semasa pada penyata kewangan pelajar menyebabkan pelajar DIHALANG – status Outstanding Debt apabila pelajar mencetak keputusan peperiksaan melalui Portal UUM.
– Pelajar TIDAK DIGALAKKAN untuk mengemukakan permohonan semak keputusan peperiksaan secara manual melalui emel PACE sekiranya tidak berkeperluan berbuat demikian.
2. Panduan semakan keputusan peperiksaan melalui Portal UUM adalah seperti di url : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2023/04/TATACARA-SEMAK-RESULT-SEM-SEMASA.pdf
3. Seperti pelajar sedia maklum dan merujuk kepada peraturan universiti, untuk semakan keputusan peperiksaan pelajar perlu menjelaskan baki yuran pengajian sepenuhnya dengan membuat pembayaran melalui akaun PACE UUM (Biller) pada Kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau secara Perbankan Internet, JOMPAY, ATM Transfer dan CDM.
4. Berkaitan semakan penyata akaun pelajar/kewangan pelajar adalah dirujuk : Bagi pelajar yang telah membuat pembayaran sebelum ini dinasihatkan menyimpan salinan resit sebagai bukti pembayaran yang telah dibuat. Salinan resit bayaran kepada PACE UUM perlulah dihantar kepada Unit Kewangan (kewanganpace@gmail.com) untuk rekod dan pengemaskinian penyata kewangan pelajar selanjutnya.
5. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2022/04/KAEDAH-PEMBAYARAN-YURAN-TERKINI2022.pdf
6. Panduan semakan penyata kewangan melalui sistem FIMS adalah seperti di url ini : https://pace.uum.edu.my/wp-content/uploads/2021/10/tatacara_semak_penyata_kewangan_baharu_2021.pdf
7. Pelajar yang mendapat gred C-, D, D+ dan F bagi mana-mana kursus adalah GAGAL dan perlu mengambil semula kursus berkenaan bagi membaiki gred tersebut.
8. Permohonan semak semula dibuka 14 hari bermula hari pertama keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Pelajar TIDAK MEMPUNYAI HUTANG YURAN TERTUNGGAK DIBENARKAN MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA. Tarikh akhir permohonan semak semula adalah pada 21 Januari 2026 (Rabu). Pelajar dikehendaki mengisi borang permohonan semak semula dengan lengkap dan mengemukakan bayaran RM75.00 [bayaran kepada akaun BIMB Universiti Utara Malaysia] per kursus melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
9. Hebahan berkaitan Tarikh Pendaftaran Kursus dan Kuliah Semester Januari Sesi 2026/207 (JJ261) : Pelajar – Program Separuh Masa – Jadual Kuliah – SEMESTER JANUARI SESI 2026/2027– Pilih Pusat Pembelajaran masing – masing .
10. Syarat kelayakan Anugerah Dekan bagi Program Ijazah Sarjana Muda adalah merujuk kepada hebahan melalui laman web PACE UUM di url ini: https://pace.uum.edu.my/syarat-kelayakan-anugerah-dekan.
11. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan keputusan peperiksaan, sila kemukakan pertanyaan melalui emel PACEUUM: pace@uum.edu.my
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)
PERINGATAN : PERHATIAN BUAT GRADUAN 2025 YANG BELUM MENGISI SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN (SKPG)
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perhatian kepada semua graduan 2025
Anda yang masih belum mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) diminta untuk berbuat demikian dengan segera. Penyertaan anda amat penting bagi membantu meningkatkan Graduate Employability (GE) UUM. Terima kasih kerana bersama-sama menyokong kecemerlangan universiti!


🎓 GRADUAN UUM 2025!
Jom sertai Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) ✨
Soal selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terhadap graduan bagi mengetahui status pekerjaan terkini graduan. Di samping itu, kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan graduan berhubung program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan institusi pendidikan tinggi masing-masing. Kerjasama semua graduan amat dihargai dalam mencapai sasaran 100% graduan mengisi kajian dengan lengkap, sekali gus dapat meningkatkan peratusan GE UUM.
Anda dikehendaki melengkapkan kaji selidik SKPG di pautan berikut: https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/
📅 Tempoh: 14 September 2025 – 24 Februari 2026
🌐 Isi kajian di 👉 https://graduan.mohe.gov.my/skpg25/
Sekian, terima kasih.
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM
PANDUAN PELAKSANAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER SECARA ATAS TALIAN SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 PROGRAM SARJANA MUDA MOD SEPARUH MASA UUM
Skip to PDF contentPERHATIAN❗CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN
PERHATIAN❗CALON PEPERIKSAAN PUSAT PEPERIKSAAN KOTA BHARU 23 NOVEMBER 2025 PEPERIKSAAN DITANGGUHKAN
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, peperiksaan akhir Semester Julai Sesi 2025/2026 | Pusat Peperiksaan Kota Bharu pada esok hari iaitu pada 23 November 2025 ditangguhkan disebabkan faktor cuaca.
Peperiksaan Gantian akan diadakan bagi kursus – kursus terlibat dan akan dimaklumkan kepada calon peperiksaan terlibat melalui platform hebahan PACE UUM tidak lama lagi.
Pengarah PACE
PERINGATAN PENTING : SEBELUM PEPERIKSAAN AKHIR – PELAJAR DIWAJIBKAN MENGISI PENILAIAN ECEVAS DAN MENCETAK SLIP PEPERIKSAAN MELALUI PORTAL UUM
PERINGATAN PENTING : SEBELUM PEPERIKSAAN AKHIR – PELAJAR DIWAJIBKAN MENGISI PENILAIAN ECEVAS DAN MENCETAK SLIP PEPERIKSAAN MELALUI PORTAL UUM
Skip to PDF contentTARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 : 21 DISEMBER 2025 | AHAD
TARIKH AKHIR: PERMOHONAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER GANTIAN BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026 : 21 DISEMBER 2025 | AHAD
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.
Pelajar dihormati,
Adalah dimaklumkan, calon peperiksaan pertengahan semester yang tidak dapat hadir pada Pertemuan III dikehendaki mengemukakan permohonan peperiksaan pertengahan gantian sebelum atau selewat – lewatnya pada 21 Disember 2025 (Ahad).
Pelajar DIWAJIBKAN mendaftar kursus bagi semester semasa sebelum memohon peperiksaan pertengahan gantian.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA252 melalui Portal UUM adalah pada 16 November 2025.
Kaedah peperiksaan pertengahan semester akan ditentukan oleh Penyelaras kursus. Pelajar DISARANKAN mengemukakan borang diisi lengkap permohonan peperiksaan pertengahan semester gantian merujuk tarikh akhir yang telah ditetapkan agar memudahkan urusan pembelajaran dan pemberian markah tugasan oleh Pensyarah Pusat masing – masing di setiap Pusat Pembelajaran PACE UUM.
Sila kemukakan borang Peperiksaan Gantian – borang boleh didapati pada laman web PACE UUM https://pace.uum.edu.my pada menu Pelajar – Program Separuh Masa – Muat Turun – Borang Tangguh Peperiksaan Akhir, Pertengahan.
Sila pastikan borang diisi dengan lengkap lampirkan dokumen sokongan permohonan Midsem Gantian melalui emel PACE : pace@uum.edu.my
Pelajar yang mengemukakan permohonan selepas dari tarikh ditetapkan tidak akan diterima.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026
HEBAHAN: MENU CETAKAN SURAT PELEPASAN MID SEMESTER BAGI SEMESTER OKTOBER SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan, surat pelepasan peperiksaan pertengahan Semester Oktober Sesi 2025/2026 disiarkan melalui Portal UUM : https://portal.uum.edu.my pada menu Lecture – Mid Semester Examination Release Letter bermula 24 November 2025 (Isnin) sehingga 4 Januari 2026.
Kepada pelajar yang belum mendaftarkan kursus, dinasihatkan agar mendaftar kursus DENGAN KADAR SEGERA sebelum 16 November 2025 melalui Portal UUM agar pelajar tidak DIHALANG menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester JA252 diadakan secara atas talian melalui platform UUM Online Learning PACE : https://learning-pace.uum.edu.my atau E-Assessment ikut ketetapan Penyelaras kursus masing – masing.
Tarikh akhir Sesi Gugur Tambah Kursus JA252 melalui Portal UUM adalah pada 16 November 2025.
Kegagalan pelajar mendaftar kursus pada semester semasa akan menyebabkan sesi pengkuliahan, markah tugasan dan markah peperiksaan tidak diambil kira.

